Ombak Rindu di MM.

Assalamualaikum..
Yeahhh. Akhirnye dapat jugak aku tengok Ombak Rindu. Korang nak tahu tak banyak sangat kejadian yang menghalang saya dan yang lain nak pergi tengok 'woyam'. Ok baiklah. Kami anak beranak panggil 'woyam' ye bukan wayang. nampak macam cool jee. haha. 
hari isnin kami sudah bercadang nak pergi. tiket pun sudah ditempah melalui internet. tuptup, tok saya tidak mengizinkan kami semua pergi. entah kenapa saya pun tidak mengerti. pelbagai mesyuarat telah diadakan untuk memujuk agar diizinkan pergi. tapi beliau tetap dengan pendirian beliau. kami termenung dan termenung memikirkan tiket yang telah DIBELI dan DIBAYAR. derr, RM51 semuanya. takkan nak kasi lepas camtu je. Tuhan marah membazir. akhirnya kami Redha dan Pasrah. biarlah membazir asal kan tidak melawan cakap orang tua.
keesokan paginya (pagi arnie lah) tiba-tiba beliau bertukar fikiran dan membenarkan kami pergi. fiuuhh, meloncat bagaikan kera saya. terus bangun mandi dan bersiap nak tengok 'woyam' punye pasal. 
sampai dekat MM, saya dan yang lain berjalan-jalan sebentar. maklumlah, tiket wayang pkul 1.40 PM, kami sampai mungkin agak terlalu awal pada waktu dan ketika itu. hehe~ kami berjalan mencuci mata sambil mengayam ketupat. haha. boleh dose dk saje nye. kalau berjalan dengan mak2 sedare saya memang tidak kering gusi dan lidah. kami makan, masuk tandas makan then masuk tandas. sebab dok lame mane kang tunggu pkul 1.40.
then, 1.30 kami masuk panggung. fuhh, dapat tempat duduk eksklusif gtu. dekat tengah2. siap ambik gambar tiket lagi nak post kat FB. hahaha. bergurau senda saja. tapi takpe je kan? ingat senang ke nak dapatkan tiket Ombak Rindu? susah tau. hehe. memang syok aa. tengah syok-syok tengok, ada sorang laki ni. boleh ke dia pegi tanya macam ni kat kawan dia 'eyh, mu nangis ke?' satu panggung dengar! semua gelak. 
ombak rindu. hm, syok abes layan cerite tuh. kadang2 kami gelak. ad satu part tu, saya rasa sedih sangat. baru je nak start menitiskan airmate, mak sedare saya pn siku saya. potong stim betul la. orang baru nak layan. mak sedare yang sorang lagi dah menangis sehabis-habisnya. alahaii, hebatnya cite tuh.
abes je tengok, kami keluar makan. Nadia, Jannah, Wafa, Elliana dan semua. guest what aku jumpa sape? speedware! hahaha. ramai jugak budak Mak Lagam saya jumpa. weee~ suka suki nya saya. haha. OTW balik, singgah pasar minggu kat Paka. asal tak jumpa ELLIANA erk? haha. bahang plok nasi kukus sebungkus. kenyang wase perut. 
ok la. Assalamualaikum <3

No comments:

Post a Comment